Monday, November 19, 2012

"Hidup adalah pilihan kita. Cari kekuatan untuk diwarnakan seindahnya ♥

Senang cerita, aku adalah jenis yang kurang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Kalau dapat apa yang aku hajat, syukur. Kalau tidak, aku pasrah. Berlainan benar dengan sikap adik aku. andai dia tidak mendapat apa-apa yang dia mahukan, dia akan terus mencuba dan berusaha sampai dia berjaya. Mungkin sebab itulah hidup aku sederhana cuma. Hanya bergantung pada takdir tanpa berusaha dengan sungguh-sungguh. Dan hasilnya? *mengeluh*

“Man Jadda, Wa Jadda wa man zaro’a hasoda”

“Apa yang ustaz cakap itu?”

“Itu pepatah Arab”

“Maksudnya apa ustaz?”

“Siapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapatkannya.
Siapa yang menanam, dialah yang akan menuai.
Siapa yang berusaha, dialah yang akan berjaya”


Sejak aku belajar dulu sehinggalah sekarang  aku selalu mendengar pepatah itu. Tetapi, aku kurang menghayatinya.  Biasalah, sewaktu dalam kuliah, banyak ilmu yang aku terima tetapi sekejap saja aku sudah lupa. Benarlah kata orang, kalau belajar semata-mata mahu lulus, tiada gunanya andai tidak diamalkan dalam hidup. Setiap semester aku belajar bersungguh-sungguh demi mendapatkan segulung sijil diploma dan ijazah. Walaupun menerima anugerah dekan setiap semester tetapi kejayaan itu hanya ditulis kertas saja, selepas itu aku campakkan ilmu itu di mana-mana. Bila diperlukan, masa itulah kelam kabut mencari semula. wow,buang masa bukan? Dan aku akui, aku sudah membuatkan masa itu terbuang dan terabai. 

 

walaubagaimanapun, aku mula sedar atas kekhilafan diri. dari seseorang, aku belajar mengenai sesuatu. hidup jangan dipersiakan. setiap apa yang kita ambil, mesti simpan dalam hati dan otak sebaik-baiknya. mujurlah, aku cepat-cepat sedar bahawa ilmu itu penting. ilmu itu seluas dunia, sampai ke negara China pun , ilmu tidak akan pernah habis. teringat satu hadis yang selalu menjadi ingatan:-

                                       « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »

“ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

JUE; Jika kita memang bersungguh-sungguh, akan selalu ada jalan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Akan selalu ada jalan untuk menyelesaikan masalah kita. Kekuatan fikiran, hati, dan tubuh kita sudah cukup untuk mengatasi masalah kita walau sebesar mana pun masalah kita, faham bukan?


No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...