p/s: Hari ini AKU
bertukar menjadi SAYA. Terasa seperti seorang gadis ayu kalau berbahasakan saya
ini. sudah lama tidak menggunakan kata ganti nama itu. lagipun aku mahu
berjiwang kejap.*ketawa*
Saya sentiasa mahu
kelihatan sempurna di depan awak. Ya. Memang sejak mula-mula saya kenal dengan
awak, saya sudah rasa seperti itu.
Awak suka minum milo,
saya suka minum air laici.
Dan tiba-tiba awak campurkan
air laici itu dengan air milo. Gaul hingga sebati.
Rasanya….waaah
sedapnya Air milo laici!!
“sedapnya…!!”
“Itu milo dan ini laici, bila keduanya
dicampurkan, rasanya bertambah enak”
“Begitulah awak dan saya dan begitu
juga dengan perkahwinan kita, saya
harapkan perkahwinan ini juga bahagia…bahagia seperti menikmati air tadi”
“InsyaAllah, terima Kasih Awak”
Saya gelar awak si milo sehingga saya simpan nama awak dalam
telefon bimbit saya sebagai Encik Milo. Sejak itu, saya suka minum air milo
laici. Bila saya ingat awak, saya akan beli milo dan satu tin laici.
Kini, awak
masih minum milo tetapi awak sudah kurang minum air laici. Biasanya, setiap
kali awak mahu minum, awak akan minta keduanya sekali. Kenapa?
“kenapa tidak campur air laici?”
“saya mahu minum air milo saja”
“Tetapi, bukankah awak selalu campurkan keduanya sekali?”
“itu yang saya risaukan”
Angkat #kekening
“Sebab awak juga tidak minum air laici lagi”
“Awak begitu sayangkan saya?”
“ya.Sangat sayang”
“Sebab awak sayang saya lah saya tidak minum air laici
lagi”
“kenapa”
“SAYANG AWAK SUDAH LEBIH MANIS DAN ENAK DARI AIR LAICI ♥”
jue: sedang menghitung hari untuk disatukan. Bersiap sedia
untuk menjadi seorang Hawa untuk Adamnya. Bila-bila saja dugaan akan menimpa,
namun yang pasti Allah sentiasa membantu Hambanya untuk membuat kebaikan.
InsyaAllah. Amin Ya Robb. ♥
hahaha, nice post la.sweet sgt...moga bahagia dgn si dia.
ReplyDelete