Alhamdulillah..sudah banyak sahabat dan sahabiah aku yang mengalami perubahan dalam hidup mereka. mereka kini lebih ke arah penghijrahan yang baik. Syukur sangat. aku suka melihat perubahan itu dan aku berdoa aku juga berada di kalangan mereka semua. Dulu aku bertudung labuh dan berjubah, tetapi apa yang berlaku ketika itu kerana aku belajar di Kolej Islam. Kolej ini mewajibkan siswinya memakai pakaian yang menutup aurat. Hanya Tudung Labuh dan Jubah sahaja. dan aku tidak kisah dengan peraturan yang ketat itu. mungkin kerana aku sudah biasa atau aku amat suka dengan suasana Islamik di sana.lagipun, aku sudah di didik memakai tudung labuh sejak sekolah menengah lagi.
sekarang apa yang aku kesalkan ialah aku tidak lagi memakai tudung labuh dan jubah sekarang. kerana terpengaruh dengan orang sekeliling dan kitaran hidup yang berbeza-beza, aku lebih senang memakai sekadar menutup aurat. orang kata, yang biasa-biasa saja, asal sedap mata memandang.
kenapa aku tiba-tiba sahaja menulis entry begini?
ya. kerana pagi tadi, terdetik hati aku untuk singgah ke blog seorang adik ni. Ifa Zulaikha (bukan nama sebenar).
Dia seorang gadis manis yang tinggi lampai. Dulu, semasa mula-mula aku diperkenalkan kepada keluarga tunang aku, rupa aku dikatakan sama dengan muka gadis ini. *gelak sendiri* serupakah? Bagi aku tidak, gadis ini lebih manis dan comel. Aku suka tengok gaya manjanya dan selalu juga membaca penulisannya di blog dia sendiri. oh ya, dia ada cerpen hasil ideanya sendiri, tetapi aku lupa apa tajuknya. tidak mengapa, apa yang penting dia memang ada bakat menulis. opppss, sebelum aku lupa, gadis ini adalah anak buah tunang aku yang tinggal di Labuan. ^_^
dia kini sedang mengalami perubahan yang baik. Alhamdulillah...sweet sangat... dari segi penulisan dan pemakaiannya, sudah banyak yang berubah. emmm...kalau aku hendak jelaskan tentang dia di sini, aku rasa berjela-jela panjangnya nanti. Lebih baik kalian sendiri melawat blog beliau yang aku sudah link sebelah atas tadi.dan kalian sendiri membaca dan mengikuti perkembangan gadis itu.
baiklah bila sebut tentang HIJRAH ini, aku teringat dengan satu lagu yang bertajuk HIJRAH MENUJU ALLAH yang dinyanyikan oleh kumpulan Devotees. Lagu ini aku sudah lama meminatinya sejak diploma dulu. Lagu ini juga aku dedikasikan pada semua yang mahu berubah ke arah lebih baik. InsyaAllah. Jom dengar!
Bulat nian tekadmu
Dalan hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang di-Redhai
Dalan hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang di-Redhai
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah
Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para Solihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi
Ia sunnah para nabi
Para Solihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi
-Devotees-
jue: Manusia tidak perlu menunggu hidayah Allah untuk berubah, tetapi berusaha dan paksakan diri untuk berhijrah ke arah lebih baik. bak kata Ustaz AI:-
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa, solatlah walaupun keadaan terpaksa .. Puasalah walau keadaan terpaksa, Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa .. Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya~
Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? umur kita pun belum tentu panjang ..
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH ~ Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.. - kata2 yg berharga buat semua yang bnama insan..
No comments:
Post a Comment