Monday, December 31, 2012

Puas.

Just nak update story baru....

hari sabtu yang lepas, awal pagi lagi iaitu sekitar pukul 4.00 pagi, kami bertolak dari Tuaran ke Kudat..perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam lebih. Yang pergi ada lima orang semuanya, aku, incik tunang, Lan , mama dan papa. Kami semua tertidur dalam kereta kecuali incik tunang yang sedang memandu. Kasihan si cik abang aku tu, terpaksa menahan mengantuk, . walaubagaimanapun, perjalanan kami selamat tiba ke destinasi dan tanpa membuang masa, incik tunang pula yang berdengkur dalam kereta sementara kami pergi mencari sarapan.

kami membeli tiket feri yang bertolak pada pukul 8.30pagi. Selama 1 jam masa yang di ambil untuk sampai ke Pulau Banggi tersebut. Akhirnya dapat juga aku merasa naik feri dari Bandar Kudat ke Pulau Banggi. Walaupun perjalanan pergi dan balik itu tidak lama tetapi aku tetap puas. Sebelum bertolak, aku ingatkan aku akan mengalami mabuk laut, rupanya tidak. tidak pasal-pasal aku mengantuk gara-gara makan 2 biji pil mabuk laut sebelum feri bertolak..mata tetap menahan dari tertutup sebab nak tengok laut saja. Apapun terima kasih kepada encik tunang dan keluarganya yang memberi peluang kepada aku untuk menyertai perjalanan ke Pulau Banggi...sangat-sangat best!

kami bergerak pulang pada sebelah petang dan sampai di Tuaran pada pukul 7 malam. Memang super penat tapi pengalaman yang sekejap ini tetap memberi aku satu memori dalam hidup aku. Thanks Allah!

inilah feri 2 tingkat yang kami naik. kami duduk sebelah atas. paling best bila duduk kat atas kapal sebelah belakang. Angin memang kuat sangat...nasib baik jaket aku tak terbang.... ^^v

oooo ni kapal nelayan..aku saja-saja ambil gambar ni

ini pula kawasan pelabuhan tempat kapal-kapal nelayan atau feri berlabuh...


Jue: Tidak guna kita hidup lama tetapi tidak pandai menikmati keindahan Alam yang Allah ciptakan.

Wednesday, December 26, 2012

Tetap Sudah

Alhamdulillah...Ada sedikit pengumuman penting di sini. Sape2 yang tukang reader blog aku tentulah dia di antara kalangan orang-orang yang tahu awal. hehehe...Hari Isnin baru2 ini (24.12.12) yang lalu, keluarga pihak lelaki sudah pun menghantar berian/wang hantaran kepada keluarga aku di Keningau. Atas kata sepakat semua orang dan kedua belah pihak, maka tarikh perkahwinan aku jatuh pada:

             22hb Mac 2013 (Nikah dan Malam Berinai)
                    23hb Mac 2013 (Bersanding dan Jamuan makan)

Maka bermulalah pencarian mak2 andam sekalian dan persediaan perkahwinan. (keje dah makin bertambah nampaknya) hehehe...Kad Jemputan dan invitation akan mula diedarkan dan dihebohkan pada bulan February nanti..siapa2 yang nak kad jemputan, sila bagi alamat kat aku ok?Doakan kebahagian kami yer...semoga majlis itu berjalan dengan lancar. Amin Ya Rabbal alamin....

Tuesday, December 18, 2012

Welcome to your new world Sis!

Alhamdulillah, Bersyukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah dan kurnianya, akhirnya  majlis perkahwinan adik aku yang berlangsung pada 15.12.12,sabtu lalu berjalan dengan lancar.Amin Ya Rabb. Walaupun aku letih dan penat dengan tanggungjawab sebagai kakak yang mahu memastikan majlis pernikahan dan perkahwinan adikku dipermudahkan tanpa ada masalah.  Namun  aku gagahkan diri juga untuk teruskan. Sebab aku tahu, penat-penat aku, penat lagi ibu aku yang dari awal lagi bertungkus lumus mengurus majlis tersbut. Serius, memang letih mengadakan majlis kahwin ni. Pergghh!!!

Terima kasih pada incik tunang, adik2,bakal keluarga mertua aku, sepupu2, makcik2, pakcik2, kawan2 dan saudara2 yang datang dari jauh kerna sanggup membantu dan meringankan beban kerja di rumah. Terima kasih pada pengurus (Dinna Tamin) dan crew pelamin & canopy (Global Canopy) , Kak Ida (Ida Makeover), Devis (PA Sistem), Photograper yang comel (Kiko) ,Kumpulan kompang Kampung Bayangan dan seluruh masyarakat kampung bayangan yang bersusah-payah membantu kami semua. 

Orait..seperti yang aku dah janjikan sebelum ini, aku pernah cakap aku akan update entry baru pasal gambar kawin adik aku kan? So, tengoklah…tetapi gambar ni amik dari kamera enpon je so xberapa nak cantik..masih tunggu gambar dari jurukamera yang kami tempah ari tu, tak siap2 lagi...heheh sabar jer lah..

ni le adik ipar aku...muka cam Hazama (penyanyi) tu kan?

adik ngan mak mertua dan kak ipar dia.


taddaa!!! comel kan adik aku ni? muka matured gile!!

alhamdulillah..syukur..hanya sekali lafaz..
sesi potong kek

amboi2 korang berdua ni...

ni le hasil kerja tangan crew global canopy..cantik kan?lalalalla
 JUE: so, jangan lupa janji temu kita dalam entry yang seterusnya. entry tentang episod persiapan perkahwinan aku pula ye? nantikan ia! 

Selamat datang ke dunia baru, adikku..

Wednesday, December 12, 2012

KAH sudah WIN.

Assallamualaikum......

Entry kali ini aku tak nak cakap panjang-panjang...sekadar nak update peristiwa hidup aku jerk..lagipun macam cute jerk aku update blog ari ni sebab ari ni date sangatlah cantik....12.12.12 nice kan?
12.Dcember.2012

Lately ni, aku sibuk dengan kes-kes aku dengan client, persiapan perkahwinan adik aku dan persediaan perkahwinan aku tahun depan, lebih-lebih lagi, hujung2 tahun ni memang banyak perkara nak setel habis.sebab itulah aku tak dapat nak update blog setiap hari. 

Esok pagi aku dan Incik Tunang akan bertolak ke Keningau (Balik Kampung) untuk menolong keluarga aku menyiapkan majlis kahwin adik aku. Keluarga tunang aku akan datang kemudian (hari jumaat) nanti.. Eh? terkezuuuttt??? hehehe...yes, semua orang tanya kenapa adik aku kahwin dulu dari aku? kenapa tak buat sama2 jer? *senyum*

itu maknanya jodoh adik aku awal dari aku kan? rezeki masing2, nape nak kecoh pula?hahaha..btw, jangan risau,InsyaAllah, giliran aku pun tak lama lagi.Hujung bulan ni, aku dan incik tunang nak ambil kursus kahwin kat Wisma Muis nanti. InsyaAllah 29hb & 30hb nanti kami pergilah. Dan bulan Januari depan,aku dah nak tempah kad kahwin.Mudah-Mudahan segalanya berjalan dengan lancar. Yang penting sekarang, setelkan dulu majlis kahwin adik aku ni.

"YA ALLAH, KAU permudahkanlah segala perancangan. Amin Ya Rabbil Alamin."

ok, sempena 12.12.12 yang cantik ini, kepada mereka-mereka yang melansungkan pertunangan dan perkahwinan pada tahun ini, aku ucapkan sejuta tahniah dan semoga kekal hingga ke akhir HAYAT ea? perkahwinan adalah masa yang panjang untuk dua insan yang mahu hidup bersama, oleh itu nikmati bahtera anda dengan berlandaskan iman dan taqwa,InsyaAllah, berkat semuanya.

"Ya Allah, Kau Permudahkanlah Majlis Perkahwinan adik aku. Amin"
dan, kepada mereka yang tidak kekal perkahwinannya, aisehmen....cubalah untuk cari penyelesaian masalah perkahwinan kamu dengan sebaik-baiknya. Jangan menyesal di kemudian hari pula. Kalau tak selesai2 jugak, SILA BERJUMPA dengan SAYA, Peguam Syarie anda yang sedia untuk berkhidmat.---> ((Alahai sempat promote diri sendiri lagi. Kalau ikutkan etika Peguam syarie, tak blh sebenarnya ni.)) *hahahahahaha*


JUE: Aku akan update entry seterusnya selepas adik aku kahwin ok? nanti aku upload gambar2 die. Have A Fun everybody...see u soon!!! daaaaaaa... ^_^v 
Lot of

Monday, November 26, 2012

Peluang.

Yeah...ini le surat nye!!!!
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...sujud syukur pada mu Illahi...atas nikmat dan ganjaran yang Engkau kurniakan padaku. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Penyayang lagi Pemurah.

Tarikh 23hb November 2012 (Jumaat) yang lalu aku menerima sepucuk surat dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah. Dengan sukacitanya mereka memaklumkan bahawa aku telah dibenarkan bertindak sebagai Peguam Syarie Negeri Sabah yang berkuatkuasa serta merta. Walau bagaimanapun, kebenaran itu akan tamat setelah Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Sabah sudah diwartakan. Aku dikehendaki memohon permohonan baru untuk mengambil peperiksaan dan temuduga. Dan juga aku wajib mengambil Diploma Guaman selama setahun lagi. Ini bermakna aku perlu bersiap sedia untuk semua itu.

Apapun, aku sudah diberi peluang dan kesempatan untuk bertindak sebagai peguam syarie. Oleh itu, aku tidak akan sia-siakan peluang tersebut,InsyaAllah.  Terima Kasih Tuhan.

Jue: Sesungguhnya Allah menguji kesabaran kita mengikut kemampuan diri, dan kadang-kadang kala Allah memberi kita sesuatu yang baik itu juga untuk menguji keimanan diri.Subhanallah..

Wednesday, November 21, 2012

Ada juga Manusia Begini?

"pelik betul aku dengan orang -orang kita ini, sibuk mahu memboikot barang Israellah, post status #save Gaza dekat facebook dan twitterlah, bukannya mereka yang berperang di sana pun"

"wei, itu sebab mereka supportlah."

itulah perbualan yang aku dengar semalam antara dua orang member aku. terus terang aku katakan, memang aku ada rasa panas sikit dengan statement yang dibuat oleh seorang member aku itu. Ya Tuhan, betapa ceteknya pengetahuan dia. selama ini aku respect dengan kau sebab kau punya sijil ijazah hasil dari tanaman kau selama 3 tahun, akan tetapi bila sahaja aku dengar ayat-ayat kau yang aku kira seperti ayat orang yang tidak berilmu, hilang segala respect aku pada kau, tahu? tetapi akan daya, aku hanya mampu mendengar saja perbualan mereka dek kerana aku mengalami keletihan dan kekeliruan akibat baru bangun tidur. kalau ikutkan hati, mahu saja aku menyampuk perbualan mereka itu.

bukan aku hendak memalukan kau atau mengutuk cakap kau semalam dekat sini. kalau boleh aku tidak mahu kau semakin tenggelam dengan perkara-perkara sebegini. Ya, aku akui kita orang Islam di muka bumi Malaysia yang aman damai ini tidak mampu untuk menyertakan diri dalam peperangan Israel terhadap orang -orang Gaza di sana. tetapi sebagai saudara seIslam, kita punya rasa tanggungjawab untuk membantu saudara kita di sana. biarpun tidak secara zahir, cukuplah kita menggunakan secara batin sama ada mendoakan mereka, memboikot barangan Israel dan membantu atau menyumbangkan makanan,duit atau sebagainya.

cuba kau letakkan diri kau berada dalam mereka yang diserang dan diperangi? apa yang kau mahu jawab pada dunia? minta tolong? dan pada masa yang sama, ada pula manusia yang berfikiran cetek macam kau di luar sana,aduh tidakkah kau terfikir?tidakkah kau terasa kesal atas sikap manusia seperti itu? sedangkan mereka seagama dengan kau? 

aku bukanlah manusia baik yang mahu mengagung2kan diri kononya aku ini orang Islam sejati? sedangkan aku juga sedar, aku juga banyak kali membuat dosa dan alpa. Tetapi, aku juga punya perasaan seorang Islam, yang mahu membantu mendoakan penduduk Gaza di sana. dan suka hati aku lah mahu berkongsi rasa-rasa itu dalam facebook atau twitter atau blog ini. takkan kau tidak ada rasa tanggungjawab itu? kadang-kadang geram juga bila aku memikirkan, kau solat tapi pada yang sama kau tidak mendoakan kesejahteraan umat Islam di dunia ini. Maafkan aku bila berkata begini, tapi bagi aku kau memang mementingkan diri sendiri.

ah, lantaklah apa yang kau fikir dan tindakan kau selepas kau membaca entry ini. (itu pun kalau kau pernah baca blog ini). apa yang penting aku mahu kau tahu, kita sebagai orang Islam (walaupun pada dasarnya, bukanlah orang ALIM) perlu ada kewajipan membantu saudara Islam. Al-Quran Al-Karim sendiri ada menyebut tentang umat Islam perlu bersatu padu. kalau tidak silap aku dalam surah Al-Imran ayat 103 yang bermaksud:

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah Ali Imran, ayat 103)

dari ayat tersebut kita sudah boleh simpulkan bahawa persaudaraan Islam antara tonggak terpenting yang menyumbang ke arah kecemerlangan ummah. Jadi, apa tindakan kau sebagai orang Islam? jangan hanya tahu berkata-kata itu ini andai kau tidak tahu apa2. Nah, masa ini aku mahu kau tahu.

memang aku panas, sebab aku memang tidak suka dengan sikap kau yang suka sangat menyangkal setiap bait pandangan orang. adakah kau anggap diri kau itu wikipedia????? selama ini aku diam dan tidak mahu melawan kata-kata kau sebab aku hormat prinsip persahabatan antara kau dengan si Dia. namun aku pasti, satu hari nanti , pasti aku balas juga andai kau sudah melampaui batas berperangai sebegitu.

lagi satu, Obama menyokong peperangan Israel pada palestin???? mana kau dapat statement sebegitu? sedangkan baru sahaja satu kenyataan keluar dari berita menyatakan bahawa Obama akan berusaha mahu memberhentikan peperang kejam itu. Cuba kau kaji hidup sang Obama kerana aku mahu kau tahu bahawa sebahagian sejarah hidup Obama pernah membesar di kalangan orang Islam dan dia sendiri mengiktirafkan agama islam adalah sebahagian dari Amerika. dan yang lebih membanggakan lagi, Kongres Amerika mempunyai 2 orang yang beragama Islam. sedangkan Presiden Amerika itu pun ada kesedaran mahu membantu orang-orang gaza, apatah lagi diri kau. kau ada? -sumber klik sini

walaupun sejuta alasan yang kau berikan, aku tetap dengan prinsip aku? :p

apa salahnya kita boikot barangan Israel? dengan tindakan sebegini, kita boleh membantu dan memerangi orang Israel secara rohaniah. antaranya,  

Contoh-contoh kejayan:- 
  1. Supermarket Sainsburry di Mesir ditutup
  2. Penerbangan Trans World America (TWA) bangkrup dan tutup
  3. Kempen boikot produk Amerika di Negara-negara Arab mengakibatkan kerugian sebanyak 40%
  4. Mc Donalds dan KFC antara yang parah.Rujuk disini:
  5.  Syarikat Coca Cola Malaysia bimbang kesan boikot.Rujuk disini:
  6.  Petani Israel rugi besar akibat boikot.Rujuk disini:

Catatan: Rujuk semua website-website atau blog-blog yang banyak menyiarkan isu Palestin bagi mendapatkan maklumat atau fakta-fakta kejayaan boikot dalam pelbagai produk-produk lain lagi. InsyaAllah, ada disitu.
 
Bahkan, media massa seperti The Friends of Al-Aqsa, Inovative Minds, Eramuslim.com dan The Washington Post turut memetik laporan Amerika yang menyatakan bahawa boikot produk Amerika di Negara-negara Arab menyebabkan kerugian sebanyak 40% pada 2 bulan terakhir ini. Namun, yang paling penting, ekonomi Amerika jatuh agak teruk dan memberi kesan kepada Israel yang menerima dana dari Amerika.

hah amik kau...bila aku dah keluarkan dali-dalil dan bukti-bukti aku, apa lagi yang kau mahu sangkalkan? kalau kau memang serba tahu, buktikan segalanya!!!!

Jue: ish kadang-kadang benci diri sendiri juga kerana membiarkan kau terus dengan sikap kau begitu!



Tuesday, November 20, 2012

Pernahkah Kau Terfikir?

pernahkah kau terfikir bagaimana indahnya pertemuan kita?
tuntutan hidup manusia adalah berbeza..
seorang arah kanan dan aseorang arah kiri..
yang seorang dengan bidang kerjanya yang ke hulu ke hillir,
yang seorang lagi dengan bidang kerjanya yang hanya tahu duduk menghadap skrin teknologi...
  yang samanya, mereka berdua tidak terlepas dari tekanan kerja.

mereka berdua adalah manusia..manusia yang diciptakan bersama,
akan tetapi masing-masing ada keunikan dan  kelebihannya sendiri,
yang seorang baik paras rupanya, tinggi pekertinya,
yang seorang indah wajahnya, santun jiwanya,
namun siapa tahu, hati-hati mereka kan bertaut?

bertemu di saat hati mereka rawan,
berkongsi rasa, saling menyempurna,
bicara ketawa kembali mengukir, hati yang walang semakin hilang,
kini tiba masanya, hati mereka makin bersatu,
niat untuk menerima seadanya mereka.

Kerja Tuhan memang indah,
Kerja Tuhan cantik hasilnya,
Tetapi Kerja Tuhan tiada siapa yang tahu,
Pernahkah kau terfikir?

jue: hidup aku tidaklah seindah warna warni, tapi aku suka dengan percikan warnanya, PERCIKAN PELANGI.. ♥

Monday, November 19, 2012

"Hidup adalah pilihan kita. Cari kekuatan untuk diwarnakan seindahnya ♥

Senang cerita, aku adalah jenis yang kurang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Kalau dapat apa yang aku hajat, syukur. Kalau tidak, aku pasrah. Berlainan benar dengan sikap adik aku. andai dia tidak mendapat apa-apa yang dia mahukan, dia akan terus mencuba dan berusaha sampai dia berjaya. Mungkin sebab itulah hidup aku sederhana cuma. Hanya bergantung pada takdir tanpa berusaha dengan sungguh-sungguh. Dan hasilnya? *mengeluh*

“Man Jadda, Wa Jadda wa man zaro’a hasoda”

“Apa yang ustaz cakap itu?”

“Itu pepatah Arab”

“Maksudnya apa ustaz?”

“Siapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapatkannya.
Siapa yang menanam, dialah yang akan menuai.
Siapa yang berusaha, dialah yang akan berjaya”


Sejak aku belajar dulu sehinggalah sekarang  aku selalu mendengar pepatah itu. Tetapi, aku kurang menghayatinya.  Biasalah, sewaktu dalam kuliah, banyak ilmu yang aku terima tetapi sekejap saja aku sudah lupa. Benarlah kata orang, kalau belajar semata-mata mahu lulus, tiada gunanya andai tidak diamalkan dalam hidup. Setiap semester aku belajar bersungguh-sungguh demi mendapatkan segulung sijil diploma dan ijazah. Walaupun menerima anugerah dekan setiap semester tetapi kejayaan itu hanya ditulis kertas saja, selepas itu aku campakkan ilmu itu di mana-mana. Bila diperlukan, masa itulah kelam kabut mencari semula. wow,buang masa bukan? Dan aku akui, aku sudah membuatkan masa itu terbuang dan terabai. 

 

walaubagaimanapun, aku mula sedar atas kekhilafan diri. dari seseorang, aku belajar mengenai sesuatu. hidup jangan dipersiakan. setiap apa yang kita ambil, mesti simpan dalam hati dan otak sebaik-baiknya. mujurlah, aku cepat-cepat sedar bahawa ilmu itu penting. ilmu itu seluas dunia, sampai ke negara China pun , ilmu tidak akan pernah habis. teringat satu hadis yang selalu menjadi ingatan:-

                                       « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »

“ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

JUE; Jika kita memang bersungguh-sungguh, akan selalu ada jalan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Akan selalu ada jalan untuk menyelesaikan masalah kita. Kekuatan fikiran, hati, dan tubuh kita sudah cukup untuk mengatasi masalah kita walau sebesar mana pun masalah kita, faham bukan?


Monday, November 12, 2012

bila aku letih, dia datang dengan senyuman.

Si comel Dayang Anna Attirah
wajah yang suci itu mendamaikan jiwa aku. Keletihan yang aku rasai hilang begitu saja. ya sungguh. Dia, si kanak-kanak kecil yang berumur 3 bulan, yang aku panggil saja namanya ARA. Anak kedua kepada adik ipar aku. Kelahirannya disambut pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, moga anak ini mulia hati dan akhlaknya juga. Memang aku anggap seperti anak sendiri. Naluri keibuan mula terasa saat aku menyentuh anak ini.*senyum malu* InsyaAllah, andai umur aku dan jodoh aku panjang, pasti akan aku miliki zuriat aku sendiri.

Cepatlah balik ke rumah itu, aku rindukannya... Muuuuuaaaaahhh ARA...Untie Jue Sayang Ara... ^_^v


jue: memang tidak sabar mahu menimang anak sendiri. Tidak mengapa, akan aku tunggu waktunya. InsyaAllah...Amin Ya Robb... Moga Dipermudahkan segala rancangan untuk penyatuan dua jiwa tahun depan ini........ 
Lot of ♥

Thursday, November 8, 2012

♥ Air milo dan air laici ♥



p/s: Hari ini AKU bertukar menjadi SAYA. Terasa seperti seorang gadis ayu kalau berbahasakan saya ini. sudah lama tidak menggunakan kata ganti nama itu. lagipun aku mahu berjiwang kejap.*ketawa*

Saya sentiasa mahu kelihatan sempurna di depan awak. Ya. Memang sejak mula-mula saya kenal dengan awak, saya sudah rasa seperti itu.
Awak suka minum milo, saya suka minum air laici.
Dan tiba-tiba awak campurkan air laici itu dengan air milo. Gaul hingga sebati.
Rasanya….waaah sedapnya Air milo laici!!

“sedapnya…!!”

 “Itu milo dan ini laici, bila keduanya dicampurkan, rasanya bertambah enak”
“Begitulah awak dan saya dan begitu juga dengan perkahwinan kita,  saya harapkan perkahwinan ini juga bahagia…bahagia seperti menikmati air tadi”

“InsyaAllah, terima Kasih Awak”

Saya gelar awak si milo sehingga saya simpan nama awak dalam telefon bimbit saya sebagai Encik Milo. Sejak itu, saya suka minum air milo laici. Bila saya ingat awak, saya akan beli milo dan satu tin laici.
Kini, awak masih minum milo tetapi awak sudah kurang minum air laici. Biasanya, setiap kali awak mahu minum, awak akan minta keduanya sekali.  Kenapa?

“kenapa tidak campur air laici?”
“saya mahu minum air milo saja”
“Tetapi, bukankah awak selalu campurkan keduanya sekali?”
“itu yang saya risaukan”
Angkat #kekening
“Sebab awak juga tidak minum air laici lagi”
“Awak begitu sayangkan saya?”
“ya.Sangat sayang”
“Sebab awak sayang saya lah saya tidak minum air laici lagi”
“kenapa”
“SAYANG AWAK SUDAH LEBIH MANIS DAN ENAK DARI AIR LAICI

jue: sedang menghitung hari untuk disatukan. Bersiap sedia untuk menjadi seorang Hawa untuk Adamnya. Bila-bila saja dugaan akan menimpa, namun yang pasti Allah sentiasa membantu Hambanya untuk membuat kebaikan. InsyaAllah. Amin Ya Robb. ♥

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...